Luahan jiwa:
#ilhamsanubari @buletinfm
“Assalamualaikum Encik Fedtri. Bertemu kembali. Semoga Encik Fedtri dan keluarga berada di bawah lindungan rahmat Allah SWT.
Saya pernah muncul menceritakan perihal membela biawak hidup.
2 kali kecewa, Selepas itu bertemu jodoh untuk kali ke 3. Tetapi suami saya tidak sempurna. Seorang OKU cacat penglihatan sejak lahir. Kami bahagia. Selepas 2 tahun lebih membina masjid dan dikurniakan seorang anak perempuan. Saya diuji suami curang. Tepat tarikh 25/9/2021 iaitu tarikh lahir pertukaran bulan untuk anak berusia 20 bulan saya dikejutkan dengan berita ini. Ketika saya mengetahuinya saya baru selesai solat zohor. Nak kata hancur hati ini,tidaklah terasa sangat. Ini kerana saya sudah mempersiapkan diri dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT 2 bulan sebelum saya mengetahui hal ini. Mereka telah bercinta selama 1 bulan.Pasangannya juga adalah OKU cacat penglihatan.
Nak ikutkan hati perceraian jalan yang terbaik. Tetapi saya tidak boleh mengikut perasaan kerana saya mempunyai anak.”